Monday, October 25, 2010

Jimi jimi hip! jimi jimi yaaaa~

Sampingan: Jimi Hendrix - Purple Haze

Ini hasil lukisan last aku untuk semester ni.
Jimi Hendrix sedang mghisap daun dan asapnye membentuk namanye sendiri.
Rockstar habis! Tulisan Jimi Hendrix experience tu ditiru dari font cover album 'Jimi Hendrix Experience: Are you experieced?'
Dilukis sambil mendengar lagu Jimi Hendrix Greatest Hits mggunakan headphone Sony power gedabak milik Role. Layan siot dengar smbil melukis dan mencuci nasal airway. Quality tiptop ibarat Jimi Hendrix berjoget di tepi katil.

Next mission: Siap download Photoshop cs 2, training painting akan bermula. Nantikan! (bajek tere)

Tuesday, October 19, 2010

Aku ingin menjadi Badak Katang!




(Rajah-rajah diatas menunjukkan fasa yang berlaku di dalam dewan.)

Tajuk: Aku ingin menjadi Badak katang!
Medium: Paint + Mouse + otak 'kong'.
Teknik: Mengawal peluh dari mengalir ke kelenkang.
Sampingan: Sundari Soekotjo - Sepasang Mata Bola

Langkah kanan, CHECK!
Bace doa, CHECK!
Bace nota, CHECK!
Stretching ala2 Dhalsim Street Fighter, CHECK!

Ape salah aku pon xtau. Rasenye dah lengkap dah amalan2 yang di amalkan sejak dulu.

Di bace skali, sengeh menggigi. Dua kali, tersenyum sepi, Tiga kali, pucat lesi.

"DAMN!", monolog sendiri di dalam hati. Jari berdenyut air liur ditelan, peluh mengalir macam air terjun Pandan. Ade ape lagi ni!
Terketar-ketar jari jemari, seperti kucing mandi pagi.

Puak Otak haluan Kiri menyoal, "Kenape denyut tak brenti ni sial?"

Jari mari membalas, "Debor dow tau tak? Korang duduk atas tu melepak malas. Dasar pemalas orang atas! "

"Ciss, alasan!" Puak Otak Haluan Kanan menyampuk. "Korang ni bangsat curi tulang! Lepok kang!"

 "Ah! Sudah2! Gadoh sampai bila nak berubah! Jom pikirkan ape jadah 'register' ini alah? Ade sape nak tolong jawab?",masuk campur Tok Modula, si tua arif yang bijaksana.

Jadi berbincang lah mereka. 30 minit berpikir, sebutir terukir. Sejam bertelagah, termengah-mengah. Masuk 2 jam, semua rase nak pitam.

"Heshh!! Ini tak boleh jadi! DUSSHH!! Sentap pantas Tok Modula bengis, seperti Bruce Lee menarik bulu dada Chuck Norris.

"Masa semakin suntuk ni. Kita perlukan binatang ajaib yang gagah berani!", Seru beliau dengan gongnya.

"Gapo dio pokcik ni? Nate sunggoh!", tersasul Urat koya tak bertempat, dibalas jelingan segenap tempat.  

"YA! Kita perlukan binatang ajaib yang boleh kunyah soalan kosong ini dan meludahkan kembali dengan jawapan berisi",
"Binatang itu juga perlu tebal kulitnya supaya lut dari cacian makhluk durjana!", yakin Tok Modula kepada semua.

"Binatang apakah itu Tok Modula?!" soal serentak semua yang ada.

"BADAK AYAQ! Bukan saja kuat,kebal dari cacian, malahan comel", jelas Tok Ketua dengan loghat Kedah tiba2.

"Oooo..", balas semua mulot dibulat seperti donat sambil muka terkulat2.


teretak tak tak dush! *sfx

p/s: pondan bodoh!

Sunday, October 17, 2010

Sedangkan filem lagi tergigit

Tajuk: Sedangkan filem lagi tergigit
Medium: Paint + mouse IBM sebesar ibu jari kaki
Teknik: Garut marut si kertas maya
Sampingan: Death From Above 1979 - If We Don't Make It We'll Fake It


Tertanya-tanya mata meneliti. Apakah si bangsat ini mencarut ni? Ye. Mungkin anda diluar sane pernah melihat format cara penulisan sebegini rupa diluar. Tiru? Copycat? Fotostat? Kalau mengikut dari pandangan kasar dan jelik anda, bunyi dari sudut hati memang TIRU di besar dan di bold kan sambil mendengus halus "Bodoh takde idea lain ke?".

Mari kita teliti,
Apa yang membuat setiap manusia yang berjalan di jalanan tu berlainan antara satu sama lain?
Baju T-SHIRT! Ya! Tepat! Baju t-shirt.

Kenapa dengan baju t-shirt?

Kenapa? Semua yang membaca pasti akan tertanya-tanya syaitan apekah yang dimaksudkan?
Semua orang mempunyai t-shirt, dipakai, S,M,X,XL,XXL dan yang menjadi beza. Tidak lupa juga warna dan corak yang dibangga dipakai mendada di khalayak ramai. Adalah satu kesalahan besar di muka dunia ini seorang manusia tidak mempunyai t-shirt. Ketiadaan t-shirt adalah ibarat ketiadaan bulu mulu muka seperti kening pada hari ini.
Tetapi ianya tetap T-SHIRT!

Seperti blog ini, walaupun mempunyai persamaan dengan blog lain yang lebih terkemuka, tetapi 'corak','saiz' dan 'warna' berlainan. Buah fikiran nya berbeda.Dan ini ertinya aku mengagumi hasil kerja mereka. Kini giliran aku. Mereka tunjuk cara 'terbang', sekarang biar aku 'terbang' dengan aksi ngeri 360 degree sendiri.

Faham? Kalau tak balik mengaji minta Tuhan bukakan pintu hati.

........................................................

Gambar diatas dibuat tak lama dulu untuk lambang kedai tak berpremis(atas moto bukan premis)dan tak berlesen secara haram yang aku buat untuk membeli filem2 luput secara murah. Bankrap kerana tiada sponsor(student beb, what do you expext?). Aku akui aku jatuh tersembam muke tergigit lidah dengan kamera filem.

Apa kaitan lidah dan filem? Kata-kata manusia kadang seperti filem. Sekali sebut akan di ingati terbenam terperosok di sudut hati. Bezanya adakah ianya memori sedih, marah, keliru atau lucu menjadi persoalan. Yang pasti kata-kata itu akan di ingati sampailah satu hari ianya mungkin akan dijadikan modal untuk bercerita kepada anak cucu sampai mati.

p/s: Salute Otakkapasitirendah. Minta izin tok nenek, anak cucu tumpang lalu. Mulut diatas bukan mulut 'ikan'!

Langkah Kaki Kanan beri Salam

Blog ini hasil dari suka duka selirat serabut otak empunya blog ini yang merasakan adalah perlunya untuk berkongsi (memberi adalah lebih tepat) sisipan yang terpikir dari benak lembut dara otak ini diselit dengan hasil contengan secara digital mahupun gambaran fotografi atau lain-lain yang dirasakan patut untuk mengelarkan blog ini satu galeri seni rambang. Betul tidak bukan masalah penulis. Ianya masalah Kamu selaku pengintip dunia ini untuk berfikir.
 
Sakit memang sakit, mulut orang amat perit.
Ah lantak lah!
Bak kata aktor dari pementasan 'Subuh Berdarah Di Kuala Kerau'  
"Ayah kami bukan, Pakcik kami bukan. Apa nak jadi, JADILAH!" piu bamm bunyi tembakan dan bom bertaburan.

Angkat kening tanda setuju.