Sunday, October 17, 2010

Sedangkan filem lagi tergigit

Tajuk: Sedangkan filem lagi tergigit
Medium: Paint + mouse IBM sebesar ibu jari kaki
Teknik: Garut marut si kertas maya
Sampingan: Death From Above 1979 - If We Don't Make It We'll Fake It


Tertanya-tanya mata meneliti. Apakah si bangsat ini mencarut ni? Ye. Mungkin anda diluar sane pernah melihat format cara penulisan sebegini rupa diluar. Tiru? Copycat? Fotostat? Kalau mengikut dari pandangan kasar dan jelik anda, bunyi dari sudut hati memang TIRU di besar dan di bold kan sambil mendengus halus "Bodoh takde idea lain ke?".

Mari kita teliti,
Apa yang membuat setiap manusia yang berjalan di jalanan tu berlainan antara satu sama lain?
Baju T-SHIRT! Ya! Tepat! Baju t-shirt.

Kenapa dengan baju t-shirt?

Kenapa? Semua yang membaca pasti akan tertanya-tanya syaitan apekah yang dimaksudkan?
Semua orang mempunyai t-shirt, dipakai, S,M,X,XL,XXL dan yang menjadi beza. Tidak lupa juga warna dan corak yang dibangga dipakai mendada di khalayak ramai. Adalah satu kesalahan besar di muka dunia ini seorang manusia tidak mempunyai t-shirt. Ketiadaan t-shirt adalah ibarat ketiadaan bulu mulu muka seperti kening pada hari ini.
Tetapi ianya tetap T-SHIRT!

Seperti blog ini, walaupun mempunyai persamaan dengan blog lain yang lebih terkemuka, tetapi 'corak','saiz' dan 'warna' berlainan. Buah fikiran nya berbeda.Dan ini ertinya aku mengagumi hasil kerja mereka. Kini giliran aku. Mereka tunjuk cara 'terbang', sekarang biar aku 'terbang' dengan aksi ngeri 360 degree sendiri.

Faham? Kalau tak balik mengaji minta Tuhan bukakan pintu hati.

........................................................

Gambar diatas dibuat tak lama dulu untuk lambang kedai tak berpremis(atas moto bukan premis)dan tak berlesen secara haram yang aku buat untuk membeli filem2 luput secara murah. Bankrap kerana tiada sponsor(student beb, what do you expext?). Aku akui aku jatuh tersembam muke tergigit lidah dengan kamera filem.

Apa kaitan lidah dan filem? Kata-kata manusia kadang seperti filem. Sekali sebut akan di ingati terbenam terperosok di sudut hati. Bezanya adakah ianya memori sedih, marah, keliru atau lucu menjadi persoalan. Yang pasti kata-kata itu akan di ingati sampailah satu hari ianya mungkin akan dijadikan modal untuk bercerita kepada anak cucu sampai mati.

p/s: Salute Otakkapasitirendah. Minta izin tok nenek, anak cucu tumpang lalu. Mulut diatas bukan mulut 'ikan'!

1 comments:

Chan said...

anda ada bakat menjadi blogger terbaik! meh cium skit.

Post a Comment